Friday, March 23, 2018

KEBERKESANAN KAEDAH MASRUR

KEBERKESANAN KAEDAH MASRUR








LAGU HURUF HIJAIYYAH (KAEDAH MASRUR)

LAGU HURUF HIJAIYYAH (KAEDAH MASRUR)






CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN AKTIVITI MENGGUNAKAN KAEDAH MASRUR
















PEMBAHAGIAN MINGGU PENGAJARAN


MINGGU 8 (HA-YA)

MINGGU 8 (HA-YA)

27. HA


Huruf Ha seakan bentuk kertas yang digulung. Ianya dikaitkan dengan aksi meletakkan kertas yang digulung ke mulut.











28. LAM ALIF

Huruf Lam Alif seakan bentuk tangan kartun ultraman buat gaya fire.












29. HAMZAH

Huruf Hamzah seakan bentuk paruh watak kartun Angry Bird. Gaya tangan dibuat untuk menunjukkan bentuk tersebut.











30. YA

Huruf Ya seakan bentuk seekor ayam dan dua biji telur yang mewakili titik Huruf Ya. Gaya ayam dibuat untuk menunjukkan kaitannya.

MINGGU 7 (LAM-WAU)

MINGGU 7 (LAM-WAU)

23. LAM


Huruf Lam seperti bentuk alat penyelam. Gaya selam dibuat untuk menunjukkan situasi menyelam menggunakan alat selam.










24. MIM

Huruf Mim seakan bentuk jari yang digenggam dan gaya seperti orang menyebut "Yes!"atas kemenangan dan boleh berjaya.










25. NUN

Huruf Nun seakan bentuk cawan dan ianya dikaitkan dengan gaya minum. Bunyi huruf Nun hampir sama dengan perkataan “minum”.










26. WAU

Huruf Wau seakan bentuk wisel. Gaya meniup wisel dibuat untuk menunjukkan bentuk wau.

MINGGU 6 (FA-KAF)

MINGGU 6 (FA-KAF)

20. FA


Huruf Fa sama bentuk tangan orang yang pakai anduh. Bercerita kepada murid seorang budak naik basikal tidak berhati-hati terus jatuh dan patah tangan. Ibunya bawa pergi hospital, berbalut tangan. Dia perlukan ubat dan ambil ubat di Farmasi. Fa..Farmasi











21. KOF


Huruf Kof, buat gaya macam Fa, cuma dinaikkan sedikit dan letak 2 jari sebagai titik. Boleh bawa ABM seperti reben, ikat di kepala seorang murid dan suruh dia buat aksi Kungfu Panda. Bentuk huruf Kof montel macam panda. Bunyi huruf Kof, hampir sama KOF=KUNGfu








22. KAF

Huruf Kaf seperti bentuk kuda. Tangan digayakan seperti bentuk kuda.Letak tangan di kepala dan di belakang sebagai ekor.

MINGGU 5 (THO-GHIN)

MINGGU 5 (THO-GHIN)

16. THO


Tho Kaki

Huruf Tho seakan bentuk kaki. Gaya hentak kaki dibuat untuk membunyikan hentakan kaki to..to..











17. ZHO


Zho Sepak

Huruf Zho seperti bentuk Tho(kaki) dan mempunyai titik. Titik tersebut disamakan dengan bola. Huruf Zho dikaitkan dengan gaya kaki sedang menyepak bola.









18. 'AIN

'Ain Telinga

Huruf 'Ain seakan bentuk telinga. Untuk mudah murid ingat, cerita kepada mereka, bila telinga kamu ditarik, kamu akan sebut....'a...'a.....kan? pastu tambahkan 'A...in









19. GHIN

Ghin Motor

Huruf Ghin sama bentuk huruf 'Ain. Tangan digenggam dan diletakkan di atas telinga untuk menunjukkah sebagai titik. Bunyi Ghin seakan bunyi motor (press motor).

Cadangan: Bercerita kat murid, masa kecil2 dulu pernah tak duduk belakang ayah kemudian pegang telinga ayah buat macam naik motor.

MINGGU 4 (SIN-DOD)

MINGGU 4 (SIN-DOD)

12. SIN




Huruf Sin dikaitkan dengan singa kerana bentuk sin disamakan dengan jari singa dan perkataan "singa" hampir sama dengan bunyi Huruf Sin. SIN...SINga







13. SYIN

Huruf Syin sama gaya huruf Sin, letakkan 3 jari di atas sebagai titik.



Huruf Syin dikaitkan dengan siram kerana bunyi syin seperti bunyi air siraman atau air hujan yang turun...Syinnnnnnnn







14. SOD



Huruf Sod disamakan dengan gaya menggosok biola. Bayangkan satu tangan seperti biola dan tangan satu lagi buat gaya menggosok. Perkataan “gosok” hampir sama bunyi dengan Sod. SOD..GoSOK








15. DOD




Huruf Dod sama bentuk dan gaya huruf Sod. 1 jari diletakkan di atas seperti doktor sedang menyuntik jarum kepada pesakit. Perkataan “Doktor” hampir sama dengan bunyi Huruf Dod. DOD...DOKtor

MINGGU 3 (DAL-ZAI)

MINGGU 3 (DAL-ZAI)

8. DAL



Huruf Dal seperti bentuk tangan orang kuat.
Dalam PDP, boleh bercerita kepada murid, bagaimana orang boleh memiliki otot sado.










9. DZAL



Gaya huruf Dzal sama seperti huruf dal, letak 1 jari di atas sebagai titik

Huruf Dzal dikaitkan dengan pendek(klue) untuk membezakan dengan huruf Zai yang hampir sama bunyi dan sama bentuk.










10. RO
Huruf Ro seperti bentuk gaya tangan orang yang sedang sambut tetamu.

Dalam PDP, boleh buat aktiviti lakonan murid menyambut tetamu di pintu masuk.












11. ZAI


Gaya huruf Zai sama seperti huruf ro, dan letak 1 jari sebagai titik.

Disebut panjang(klue) kerana untuk membezakan dengan huruf Dzal yang hampir sama bunyi dan bentuk.

MINGGU 2 (JIM-KHO)

MINGGU 2 (JIM-KHO)


5. JIM

Huruf Jim dikaitkan dengan pusat kerana huruf Jim mempunyai 1 titik di tengah seperti pusat yang terletak di tengah badan manusia. 

Klue yang digunakan ialah pusat. Dan image yang digunakan adalah dinasour kerana pusat itu aurat untuk ditunjuk semasa sesi penerangan. 

Mungkin tidak nampak jelas bentuk huruf JIm dengan Klue/Gaya, tetapi untuk huruf Jim, boleh dibayangkan dengan badan kita dan ditengah badan kita ada pusat seperti huruf JIm.

6. HA




Huruf Ha seperti mulut yang ternganga dan dikaitkan dengan pedas kerana bunyinya seperti bunyi yang keluar apabila kita kepedasan.









7. KHO



Huruf Kho dikaitkan dengan Jarjit kerana ianya mempunyai 1 titik di atas seperti kepala jarjit.

Tidak nampak jelas persamaan bentuk antara huruf Kho dengan Jarjit kerana susah hendak buat gaya jika ingin sebijik sama. Tidak seperti huruf Alif, nampak jelas bentuk. 

Namun untuk huruf Kho kita boleh buat perkaitan dengan titik dan dengan apa yang ada di atas kepala Jarjit.