Tuesday, May 1, 2018

TUTORIAL MENYAMBUNG HURUF KAEDAH POTONG & PANGKAH (JAWI COOKIES)


PENGENALAN

Selepas Ujian Diagnostik Jawi pada bulan 2 lepas (2018), didapati masih ada di kalangan murid tahun 2 yang masih tidak faham cara menyambung huruf Jawi terutama murid yang slow learner. Oleh sebab itu, perlu ada kaedah yang dapat membantu murid-murid tersebut memahami kemahiran menulis Jawi. Satu kaedah Potong & Pangkah telah diperkenalkan kepada murid-murid yang belum menguasai. Kajian melalui pemerhatian dan latihan bertulis telah dilakukan selama 2 bulan. Hasil kajian, murid yang belum menguasai faham cara untuk menyambung huruf dengan lebih baik daripada sebelum ini. Kaedah ini sesuai digunakan seawal darjah 1.

Lihat keberkesanan kaedah ini:




TUTORIAL

LANGKAH 1


Kenalkan watak utama dengan cara menunjukkan gambar atau lukis



LANGKAH 2

Kaitkan watak dengan huruf yang tidak boleh bersambung

1. Ekor kucing( ro, zai)

2. Ekor minyet (wau, va)

3. Ekor ikan (dal,zdal)

4. Batang Kayu (Alif)

5. Burung Hijau (Hamzah)



LANGKAH 3

Bercerita 

Kucing dan monyet berkawan baik. Suatu hari mereka bermain di padang. Mereka bermain masak-masak Jawi Cookies (potong dan pangkah huruf Jawi kemudian cantumkan). Kemudian datang seekor burung hijau hinggap atas kayu untuk melihat mereka bermain. Selepas itu mereka pun memancing ikan.




LANGKAH 4

Menerangkan tentang Jawi Cookies

Jawi Cookies ialah Biskut berbentuk Huruf Jawi yang boleh bersambung dan tidak bersambung. Huruf yang mempunyai bentuk seperti ekor kucing, ekor monyet, ekor ikan, batang kayu dan Burung Hijau, tidak boleh disambung dan perlu letak (X) bermaksud jangan potong. Selain daripada huruf tersebut boleh dipotong ekornya.



LANGKAH 5

Tunjuk cara "Potong & Pangkah"


i. Guru menunjuk cara memotong ekor setiap huruf bagi huruf yang boleh bersambung dan letak pangkah X untuk ekor huruf yang tidak boleh bersambung.

ii. Kemudian terangkan apa yang berlaku bila huruf dipotong ekor atau tidak dipotong. Huruf yang dipotong, semua ekornya naik /berada di atas garisan dan yang tidak dipotong kekal dengan bentuk huruf asal. 

iii. Cara penerangan boleh tunjuk menggunakan doh atau penerangan bertulis di whiteboard.

Tunjuk cara di whiteboard samada menulis atau menggunakan doh(lihat video).








Tips: Huruf yang telah dipotong, badannya semua naik ke atas garisan. Dengan penerangan ini, murid akan faham cara untuk menulis. Lihat carta di bawah.



Gambaran 1


Gambaran 2




TIPS:
Ada beberapa huruf yang special di mana bila dipotong, bentuknya sedikit berubah. 

1. Huruf Ya (bila bersambung potong ekor dan kepala kecuali bila di belakang)


2. Huruf 'Ain dan sama bentuk huruf 'Ain (bila berada tengah dan belakang)


3. Huruf Ha Gulung (bila di depan dan tengah)





LANGKAH 6

Penilaian bertulis

Selepas murid faham konsep, guru boleh memberi latihan kepada murid. Pertama sekali, beri latihan untuk huruf tunggal. Samada potong atau pangkah dan cara tulis.


Contoh soalan

Contoh jawapan murid



LANGKAH 7

Selepas murid sudah tahu cara untuk menulis huruf yang telah dipotong dan tidak dipotong, guru boleh terangkan bagaimana untuk menyambung dua huruf dan lebih daripada 3 huruf.

Tips:

i-huruf selain daripada seperti bentuk watak, dipotong ekornya
ii-huruf yang seperti bentuk watak, diletak pangkah di belakangnya.
iii- huruf akhir tidak perlu dipotong atau dipangkah, kekalkan bentuknya. Biar huruf akhir itu ada ekor.
iv- masukkan huruf yang tidak dihalang oleh (X) ke dalam pinggan (tidak kisah bentuk macammana)

Tutorial untuk 2 Huruf Jawi


Contoh latihan untuk 2 huruf tunggal


Tutorial untuk 3 @ lebih Huruf Jawi



Contoh Latihan untuk 3 @ lebih huruf Jawi




Sekian. Terima kasih kerana mencuba kaedah ini. Moga bermanfaat.

Friday, March 23, 2018

KEBERKESANAN KAEDAH MASRUR

KEBERKESANAN KAEDAH MASRUR








LAGU HURUF HIJAIYYAH (KAEDAH MASRUR)

LAGU HURUF HIJAIYYAH (KAEDAH MASRUR)






CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN AKTIVITI MENGGUNAKAN KAEDAH MASRUR
















PEMBAHAGIAN MINGGU PENGAJARAN


MINGGU 8 (HA-YA)

MINGGU 8 (HA-YA)

27. HA


Huruf Ha seakan bentuk kertas yang digulung. Ianya dikaitkan dengan aksi meletakkan kertas yang digulung ke mulut.











28. LAM ALIF

Huruf Lam Alif seakan bentuk tangan kartun ultraman buat gaya fire.












29. HAMZAH

Huruf Hamzah seakan bentuk paruh watak kartun Angry Bird. Gaya tangan dibuat untuk menunjukkan bentuk tersebut.











30. YA

Huruf Ya seakan bentuk seekor ayam dan dua biji telur yang mewakili titik Huruf Ya. Gaya ayam dibuat untuk menunjukkan kaitannya.

MINGGU 7 (LAM-WAU)

MINGGU 7 (LAM-WAU)

23. LAM


Huruf Lam seperti bentuk alat penyelam. Gaya selam dibuat untuk menunjukkan situasi menyelam menggunakan alat selam.










24. MIM

Huruf Mim seakan bentuk jari yang digenggam dan gaya seperti orang menyebut "Yes!"atas kemenangan dan boleh berjaya.










25. NUN

Huruf Nun seakan bentuk cawan dan ianya dikaitkan dengan gaya minum. Bunyi huruf Nun hampir sama dengan perkataan “minum”.










26. WAU

Huruf Wau seakan bentuk wisel. Gaya meniup wisel dibuat untuk menunjukkan bentuk wau.

MINGGU 6 (FA-KAF)

MINGGU 6 (FA-KAF)

20. FA


Huruf Fa sama bentuk tangan orang yang pakai anduh. Bercerita kepada murid seorang budak naik basikal tidak berhati-hati terus jatuh dan patah tangan. Ibunya bawa pergi hospital, berbalut tangan. Dia perlukan ubat dan ambil ubat di Farmasi. Fa..Farmasi











21. KOF


Huruf Kof, buat gaya macam Fa, cuma dinaikkan sedikit dan letak 2 jari sebagai titik. Boleh bawa ABM seperti reben, ikat di kepala seorang murid dan suruh dia buat aksi Kungfu Panda. Bentuk huruf Kof montel macam panda. Bunyi huruf Kof, hampir sama KOF=KUNGfu








22. KAF

Huruf Kaf seperti bentuk kuda. Tangan digayakan seperti bentuk kuda.Letak tangan di kepala dan di belakang sebagai ekor.

MINGGU 5 (THO-GHIN)

MINGGU 5 (THO-GHIN)

16. THO


Tho Kaki

Huruf Tho seakan bentuk kaki. Gaya hentak kaki dibuat untuk membunyikan hentakan kaki to..to..











17. ZHO


Zho Sepak

Huruf Zho seperti bentuk Tho(kaki) dan mempunyai titik. Titik tersebut disamakan dengan bola. Huruf Zho dikaitkan dengan gaya kaki sedang menyepak bola.









18. 'AIN

'Ain Telinga

Huruf 'Ain seakan bentuk telinga. Untuk mudah murid ingat, cerita kepada mereka, bila telinga kamu ditarik, kamu akan sebut....'a...'a.....kan? pastu tambahkan 'A...in









19. GHIN

Ghin Motor

Huruf Ghin sama bentuk huruf 'Ain. Tangan digenggam dan diletakkan di atas telinga untuk menunjukkah sebagai titik. Bunyi Ghin seakan bunyi motor (press motor).

Cadangan: Bercerita kat murid, masa kecil2 dulu pernah tak duduk belakang ayah kemudian pegang telinga ayah buat macam naik motor.

MINGGU 4 (SIN-DOD)

MINGGU 4 (SIN-DOD)

12. SIN




Huruf Sin dikaitkan dengan singa kerana bentuk sin disamakan dengan jari singa dan perkataan "singa" hampir sama dengan bunyi Huruf Sin. SIN...SINga







13. SYIN

Huruf Syin sama gaya huruf Sin, letakkan 3 jari di atas sebagai titik.



Huruf Syin dikaitkan dengan siram kerana bunyi syin seperti bunyi air siraman atau air hujan yang turun...Syinnnnnnnn







14. SOD



Huruf Sod disamakan dengan gaya menggosok biola. Bayangkan satu tangan seperti biola dan tangan satu lagi buat gaya menggosok. Perkataan “gosok” hampir sama bunyi dengan Sod. SOD..GoSOK








15. DOD




Huruf Dod sama bentuk dan gaya huruf Sod. 1 jari diletakkan di atas seperti doktor sedang menyuntik jarum kepada pesakit. Perkataan “Doktor” hampir sama dengan bunyi Huruf Dod. DOD...DOKtor