PENGENALAN
Selepas Ujian Diagnostik Jawi pada bulan 2 lepas (2018), didapati
masih ada di kalangan murid tahun 2 yang masih tidak faham cara menyambung
huruf Jawi terutama murid yang slow learner. Oleh sebab itu, perlu ada kaedah yang
dapat membantu murid-murid tersebut memahami kemahiran menulis Jawi. Satu kaedah Potong & Pangkah telah diperkenalkan
kepada murid-murid yang belum menguasai. Kajian melalui pemerhatian dan latihan
bertulis telah dilakukan selama 2 bulan. Hasil kajian, murid yang belum
menguasai faham cara untuk menyambung huruf dengan lebih baik daripada sebelum
ini. Kaedah ini sesuai digunakan seawal darjah 1.
Lihat keberkesanan kaedah ini:
TUTORIAL
LANGKAH 1
Kenalkan watak utama dengan cara menunjukkan gambar atau
lukis
Kaitkan watak dengan huruf yang tidak boleh bersambung
1. Ekor kucing( ro, zai)
2. Ekor minyet (wau, va)
2. Ekor minyet (wau, va)
3. Ekor ikan (dal,zdal)
4. Batang Kayu (Alif)
5. Burung Hijau (Hamzah)
LANGKAH 3
Bercerita
Kucing dan monyet berkawan baik. Suatu hari mereka bermain di padang. Mereka bermain masak-masak Jawi Cookies (potong dan pangkah huruf Jawi kemudian cantumkan). Kemudian datang seekor burung hijau hinggap atas kayu untuk melihat mereka bermain. Selepas itu mereka pun memancing ikan.
LANGKAH 4
Menerangkan tentang Jawi Cookies
Jawi Cookies ialah Biskut berbentuk Huruf Jawi yang boleh
bersambung dan tidak bersambung. Huruf yang mempunyai bentuk seperti ekor kucing, ekor monyet, ekor ikan, batang kayu dan Burung Hijau, tidak boleh disambung dan perlu letak (X)
bermaksud jangan potong. Selain daripada huruf tersebut boleh dipotong ekornya.
LANGKAH 5
Tunjuk cara "Potong & Pangkah"
i. Guru menunjuk cara memotong ekor setiap huruf bagi huruf
yang boleh bersambung dan letak pangkah X untuk ekor huruf yang tidak boleh bersambung.
ii. Kemudian terangkan apa yang berlaku bila huruf dipotong ekor atau tidak dipotong. Huruf yang dipotong, semua ekornya naik /berada di atas garisan dan yang tidak dipotong kekal dengan bentuk huruf asal.
iii. Cara penerangan boleh tunjuk menggunakan doh atau penerangan bertulis di whiteboard.
Tunjuk cara di whiteboard samada menulis atau menggunakan doh(lihat video).
ii. Kemudian terangkan apa yang berlaku bila huruf dipotong ekor atau tidak dipotong. Huruf yang dipotong, semua ekornya naik /berada di atas garisan dan yang tidak dipotong kekal dengan bentuk huruf asal.
iii. Cara penerangan boleh tunjuk menggunakan doh atau penerangan bertulis di whiteboard.
Tunjuk cara di whiteboard samada menulis atau menggunakan doh(lihat video).
Tips: Huruf yang telah dipotong, badannya semua naik ke atas garisan. Dengan penerangan ini, murid akan faham cara untuk menulis. Lihat carta di bawah.
Gambaran 1 |
Gambaran 2 |
TIPS:
Ada beberapa huruf yang special di mana bila dipotong, bentuknya sedikit berubah.
1. Huruf Ya (bila bersambung potong ekor dan kepala kecuali bila di belakang)
2. Huruf 'Ain dan sama bentuk huruf 'Ain (bila berada tengah dan belakang)
3. Huruf Ha Gulung (bila di depan dan tengah)
Contoh soalan |
Contoh jawapan murid |
Selepas murid sudah tahu cara untuk menulis huruf yang telah dipotong dan tidak dipotong, guru boleh terangkan bagaimana untuk menyambung dua huruf dan lebih daripada 3 huruf.
Tips:
i-huruf selain daripada seperti bentuk watak, dipotong ekornya
ii-huruf yang seperti bentuk watak, diletak pangkah di belakangnya.
iii- huruf akhir tidak perlu dipotong atau dipangkah, kekalkan bentuknya. Biar huruf akhir itu ada ekor.
iv- masukkan huruf yang tidak dihalang oleh (X) ke dalam pinggan (tidak kisah bentuk macammana)
Tutorial untuk 2 Huruf Jawi
Sekian. Terima kasih kerana mencuba kaedah ini. Moga bermanfaat.iv- masukkan huruf yang tidak dihalang oleh (X) ke dalam pinggan (tidak kisah bentuk macammana)
Tutorial untuk 2 Huruf Jawi
Contoh latihan untuk 2 huruf tunggal
Salam Kawanku,
ReplyDeleteCari Fon Jawi?
Guna Telegram? https://telegram.org/
Mohon meneroka https://t.me/FonJawi
Boleh Kerjasama?
Mohon emel JawiTypoKaki@gmail.com atau Telegram saya +989365538371
Semoga bermanfaat dan semoga semua sentiasa ceria selalu
Alhamdulillah, terima kasih ya di atas perkongsian ilmu. Terbaik !
ReplyDeletealhamdulillah, jazakillah atas perkongsian
ReplyDeletetERBAIK
ReplyDeletesaya mohon untuk ambil untuk mengajar anak ye.. terima kasih
ReplyDeletesaya mohon izin untuk ambil ilmu ini mengajar murid2 saya...terima kasih ya
ReplyDeletetahniah sangat terbaik..saya mohon izin menggunakan kaedah ini untuk mengajar ye..dan saya ingin menambah laman tuan/puan/cik sebagai rujukan tambahan di website saya jadi boleh saya dapatkan maklumat tuan/puan/cik? Terima kasih.
ReplyDeleteAlhamdulillah.... perkongsian ilmu yg terbaik...
ReplyDeletesaya mohon guna kaedah ye
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu.. saya mohon izin untuk guna kaedah ini ya.. sangat menarik dan mudah untuk difahami alhamdulillah
ReplyDeleteterima kasih atas ilmu yang diongsi.. saya mohon ambil untuk diajar kpd murid saya ya.. jazakallahu khairan kathiran
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. saya mohon ambil sebagai rujukan utk mengajar ya. jazakallahu khairan
ReplyDelete