Tuesday, May 1, 2018

TUTORIAL MENYAMBUNG HURUF KAEDAH POTONG & PANGKAH (JAWI COOKIES)


PENGENALAN

Selepas Ujian Diagnostik Jawi pada bulan 2 lepas (2018), didapati masih ada di kalangan murid tahun 2 yang masih tidak faham cara menyambung huruf Jawi terutama murid yang slow learner. Oleh sebab itu, perlu ada kaedah yang dapat membantu murid-murid tersebut memahami kemahiran menulis Jawi. Satu kaedah Potong & Pangkah telah diperkenalkan kepada murid-murid yang belum menguasai. Kajian melalui pemerhatian dan latihan bertulis telah dilakukan selama 2 bulan. Hasil kajian, murid yang belum menguasai faham cara untuk menyambung huruf dengan lebih baik daripada sebelum ini. Kaedah ini sesuai digunakan seawal darjah 1.

Lihat keberkesanan kaedah ini:




TUTORIAL

LANGKAH 1


Kenalkan watak utama dengan cara menunjukkan gambar atau lukis



LANGKAH 2

Kaitkan watak dengan huruf yang tidak boleh bersambung

1. Ekor kucing( ro, zai)

2. Ekor minyet (wau, va)

3. Ekor ikan (dal,zdal)

4. Batang Kayu (Alif)

5. Burung Hijau (Hamzah)



LANGKAH 3

Bercerita 

Kucing dan monyet berkawan baik. Suatu hari mereka bermain di padang. Mereka bermain masak-masak Jawi Cookies (potong dan pangkah huruf Jawi kemudian cantumkan). Kemudian datang seekor burung hijau hinggap atas kayu untuk melihat mereka bermain. Selepas itu mereka pun memancing ikan.




LANGKAH 4

Menerangkan tentang Jawi Cookies

Jawi Cookies ialah Biskut berbentuk Huruf Jawi yang boleh bersambung dan tidak bersambung. Huruf yang mempunyai bentuk seperti ekor kucing, ekor monyet, ekor ikan, batang kayu dan Burung Hijau, tidak boleh disambung dan perlu letak (X) bermaksud jangan potong. Selain daripada huruf tersebut boleh dipotong ekornya.



LANGKAH 5

Tunjuk cara "Potong & Pangkah"


i. Guru menunjuk cara memotong ekor setiap huruf bagi huruf yang boleh bersambung dan letak pangkah X untuk ekor huruf yang tidak boleh bersambung.

ii. Kemudian terangkan apa yang berlaku bila huruf dipotong ekor atau tidak dipotong. Huruf yang dipotong, semua ekornya naik /berada di atas garisan dan yang tidak dipotong kekal dengan bentuk huruf asal. 

iii. Cara penerangan boleh tunjuk menggunakan doh atau penerangan bertulis di whiteboard.

Tunjuk cara di whiteboard samada menulis atau menggunakan doh(lihat video).








Tips: Huruf yang telah dipotong, badannya semua naik ke atas garisan. Dengan penerangan ini, murid akan faham cara untuk menulis. Lihat carta di bawah.



Gambaran 1


Gambaran 2




TIPS:
Ada beberapa huruf yang special di mana bila dipotong, bentuknya sedikit berubah. 

1. Huruf Ya (bila bersambung potong ekor dan kepala kecuali bila di belakang)


2. Huruf 'Ain dan sama bentuk huruf 'Ain (bila berada tengah dan belakang)


3. Huruf Ha Gulung (bila di depan dan tengah)





LANGKAH 6

Penilaian bertulis

Selepas murid faham konsep, guru boleh memberi latihan kepada murid. Pertama sekali, beri latihan untuk huruf tunggal. Samada potong atau pangkah dan cara tulis.


Contoh soalan

Contoh jawapan murid



LANGKAH 7

Selepas murid sudah tahu cara untuk menulis huruf yang telah dipotong dan tidak dipotong, guru boleh terangkan bagaimana untuk menyambung dua huruf dan lebih daripada 3 huruf.

Tips:

i-huruf selain daripada seperti bentuk watak, dipotong ekornya
ii-huruf yang seperti bentuk watak, diletak pangkah di belakangnya.
iii- huruf akhir tidak perlu dipotong atau dipangkah, kekalkan bentuknya. Biar huruf akhir itu ada ekor.
iv- masukkan huruf yang tidak dihalang oleh (X) ke dalam pinggan (tidak kisah bentuk macammana)

Tutorial untuk 2 Huruf Jawi


Contoh latihan untuk 2 huruf tunggal


Tutorial untuk 3 @ lebih Huruf Jawi



Contoh Latihan untuk 3 @ lebih huruf Jawi




Sekian. Terima kasih kerana mencuba kaedah ini. Moga bermanfaat.